CARI BUKTI.. anggota polis forensik mengesan cap jari penjenayah
pada topi keledar di tempat kejadian, semalam.
KUALA LUMPUR: Pinggang dan belakang seorang gadis dirodok
empat kali dengan pisau selepas dia cuba mempertahankan beg
tangannya daripada diragut dua lelaki bermotosikal ketika
berjalan bersama rakannya di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang
Lama di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu,
mangsa, Tsu Ai Ling, 19, terbaring berlumuran darah sebelum
dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan
akibat kecederaan serius pada buah pinggang.
Rakannya Mei Ching, 17, berkata ketika kejadian, dia dan Ai Ling
berjalan di bahu jalan berhampiran jejantas di tempat kejadian
apabila dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal.
Katanya, lelaki yang membonceng motosikal merentap beg
tangan dipegang rakannya itu.
“Bagaimanapun, Ai Ling bertindak berani dengan melawan dan
cuba menghalang beg tangannya daripada diragut menyebabkan
berlaku tarik-menarik.
KESAN...kesan darah mangsa di tempat kejadian.
“Ketika itu lelaki terbabit membuka topi keledar sebelum memukul
Ai Ling berulang kali,” katanya Menurutnya, lelaki terbabit yang masih
gagal mendapatkan beg tangan rakannya itu mengeluarkan sebilah
pisau sebelum menikam pinggang rakannya itu empat kali.
Ai Ling berulang kali,” katanya Menurutnya, lelaki terbabit yang masih
gagal mendapatkan beg tangan rakannya itu mengeluarkan sebilah
pisau sebelum menikam pinggang rakannya itu empat kali.
“Tindakan itu menyebabkan rakan saya menjerit kesakitan sebelum
melepaskan beg tangannya. Darah ketika itu banyak keluar.
“Lelaki terbabit kelam-kabut memecut melarikan diri dengan
meninggalkan topi keledar dan pisau yang digunakan menikam
rakan saya,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu menghubungi
ambulans sebelum Ai Ling dihantar ke Pusat Perubatan
Universiti Malaya (PPUM). Dia yang terkejut dan ketakutan
ketika menyaksikan kejadian itu gagal mengecam atau mengingati
nombor pendaftaran motosikal ditunggangi dua lelaki terbabit. “Saya
tidak sangka lelaki itu bertindak kejam dan berniat mahu membunuh
rakan saya hanya kerana gagal mendapatkan beg tangan yang
berisi wang antara RM60 hingga RM70,” katanya ketika ditemui di PPUM,
semalam.
Difahamkan, mangsa ditikam dua kali di buah pinggang kiri dan satu
tikaman pada sebelah kanan serta belakangnya.
Mangsa dilaporkan masih dalam keadaan kritikal dan terpaksa
menggunakan alat bantuan pernafasan.Sementara itu, sepasukan anggota Unit Polis Forensik Kuala Lumpur
bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.
Anggota forensik cuba mengesan kesan tinggalan cap
jari pada dua topi keledar milik suspek selain pisau yang ditinggalkan di tempat kejadian.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Bari Wan Abdul Khalid
yang dihubungi mengesahkan berhubung kejadian ragut bersenjata itu
sambil menyifatkan perbuatan itu keterlaluan. Menurutnya, polis kini
memburu kedua-dua suspek selain akan mengambil
keterangan mangsa sebaik mangsa pulih.
“Saya meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau
mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai polis
berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.
>>> Inilah antara masalah sosial yang tak dapat
diatasi dengan berkesan..
Siapakah yang harus dipersalahkan?
Bagi saya secara peribadi,
masalah ini harus ditangani oleh semua pihak bermula
dari institusi keluarga..
dari institusi keluarga..
Sayangi keluarga kita...
Didik anak-anak kita dengan penuh kasih sayang agar
mereka juga tahu
mereka juga tahu
menyanyangi orang lain...
Berikan didikan agama kepada anak-anak kita...
Berikan perhatian kepada rakan-rakan anak kita,
bukan untuk mengongkong tetapi untuk mengetahui dengan
siapa anak kita bergaul...
siapa anak kita bergaul...
Dan banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk keluarga kita...
0 comments:
Post a Comment