Monday, November 22, 2010

Panduan Promosi Facebook.

Panduan Promosi Facebook.


Mempromosi melalui wall facebook sendiri, wall rakan-rakan dan wall group facebook.

Saturday, November 13, 2010

Pinggang gadis dirodok peragut


Pinggang gadis dirodok peragut
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my















CARI BUKTI.. anggota polis forensik mengesan cap jari penjenayah 
pada topi keledar di tempat kejadian, semalam.

KUALA LUMPUR: Pinggang dan belakang seorang gadis dirodok 
empat kali dengan pisau selepas dia cuba mempertahankan beg 
tangannya daripada diragut dua lelaki bermotosikal ketika 
berjalan bersama rakannya di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang 
Lama di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, 
mangsa, Tsu Ai Ling, 19, terbaring berlumuran darah sebelum 
dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan 
akibat kecederaan serius pada buah pinggang.



Rakannya Mei Ching, 17, berkata ketika kejadian, dia dan Ai Ling 
berjalan di bahu jalan berhampiran jejantas di tempat kejadian 
apabila dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal. 
Katanya, lelaki yang membonceng motosikal merentap beg
tangan dipegang rakannya itu.



“Bagaimanapun, Ai Ling bertindak berani dengan melawan dan 
cuba menghalang beg tangannya daripada diragut menyebabkan
berlaku tarik-menarik.































KESAN...kesan darah mangsa di tempat kejadian.

“Ketika itu lelaki terbabit membuka topi keledar sebelum memukul 
Ai Ling berulang kali,”  katanya Menurutnya, lelaki terbabit yang masih 
gagal mendapatkan beg tangan rakannya itu mengeluarkan sebilah 
pisau sebelum menikam pinggang rakannya itu empat kali.

“Tindakan itu menyebabkan rakan saya menjerit kesakitan sebelum 
melepaskan beg tangannya. Darah ketika itu banyak keluar.


“Lelaki terbabit kelam-kabut memecut melarikan diri dengan 
meninggalkan topi keledar dan  pisau yang digunakan menikam 
rakan saya,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu menghubungi 
ambulans sebelum Ai Ling dihantar ke Pusat Perubatan 
Universiti Malaya (PPUM). Dia yang terkejut dan ketakutan 
ketika menyaksikan kejadian itu gagal mengecam atau mengingati 
nombor pendaftaran motosikal ditunggangi dua lelaki terbabit. “Saya 
tidak sangka lelaki itu bertindak kejam dan berniat mahu membunuh 
rakan saya hanya kerana gagal mendapatkan beg tangan yang 
berisi wang antara RM60 hingga RM70,” katanya ketika ditemui di PPUM, 
semalam.



Difahamkan, mangsa ditikam dua kali di buah pinggang kiri dan satu 

tikaman pada sebelah kanan serta belakangnya. 
Mangsa dilaporkan masih dalam keadaan kritikal dan terpaksa 
menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sepasukan anggota Unit Polis Forensik Kuala Lumpur 
bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan. 
Anggota forensik cuba mengesan kesan tinggalan cap 
jari pada dua topi keledar milik suspek selain pisau yang ditinggalkan 
di tempat kejadian.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Bari Wan Abdul Khalid 
yang dihubungi mengesahkan berhubung kejadian ragut bersenjata itu 
sambil menyifatkan perbuatan itu keterlaluan.  Menurutnya, polis kini 
memburu kedua-dua suspek selain akan mengambil 
keterangan mangsa sebaik mangsa pulih.

“Saya meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau 
mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai polis 
berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.





>>> Inilah antara masalah sosial yang tak  dapat 
diatasi dengan berkesan.. 
Siapakah yang harus dipersalahkan?
Bagi saya secara peribadi, 
masalah ini harus ditangani oleh semua pihak bermula 
dari institusi keluarga..

Sayangi keluarga kita...
Didik anak-anak kita dengan penuh kasih sayang agar 
mereka juga tahu 
menyanyangi orang lain...

Berikan didikan agama kepada anak-anak kita...

Berikan perhatian kepada rakan-rakan anak kita, 
bukan untuk mengongkong tetapi untuk mengetahui dengan 
siapa anak kita bergaul...

Dan banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk keluarga kita...

Friday, November 5, 2010

Pembongkaran Teknik Marketing Facebook Sebenar !! (Mesti Baca!!)

by 
Published on 10-19-2010 12:58 PM



Hi geng,

Anda pun tahu bukan yang saya ni merupakan seorang yang betul betul meminati social media dalam membuat marketing di internet? In fact, di market international, saya diberi gelaran "social media expert" :-D

Dari Facebook, ke Twitter, ke Youtube, ke Slideshare, ke Tumblr dan sebagainya, saya suka mengaplikasikan "social proof" dan "social connection" dalam membuat marketing di sana.. *mungkin anda pun pernah tengok kan?

Jadi post pada hari ini merupakan sesuatu yang saya fikir amat WAJIB untuk anda baca memandangkan ramai yang kini buat teknik "facebook marketing" pada hari ini..

FAKTA: 
#1: Facebook marketing amat famous dikalangan IM dan juga rakyat Malaysia
#2: 99% membuat teknik marketing yang SALAH dalam membuat facebook marketing


Jom kita fikir fikir sedikit...

Facebook sebenarnya ialah sebuat medium sosial dimana anda boleh berinteraksi dengan lebih 300 juta orang dari seluruh Malaysia.. Bayangkanlah, ini merupakan komuniti online terbesar didunia!!

Tetapi ini tidak bermakna apa apa jika anda membuat teknik marketing yang salah di facebook-dan rata rata kebanyakan orang membuat teknik marketing yang salah..

Biar saya terangkan..

Suka tak anda bila anda balik rumah dan anda melihat peti surat anda dipenuhi dengan pamphlet jualan dari orang yang anda tidak kenali langsung..

Setiap hari bertimbun timbun pamplet yang masuk, dan boring anda nak buang pamphlet tersebut.. Sampai rasa nak bakar jek peti surat anda tu kan.. Pernah berlaku? 

Sebenarnya, itu merupakan apa yang anda buat dengan traditional marketing di facebook.

Saya tengok banyak teknik facebook (atau variasi) dimana asasnya ialah :

1. Add kawan (atau strangers) banyak banyak di facebook
2. Post status update dengan "pamphlet jualan" anda
3. Buka group difacebook dan kemudiannya add kawan dan spam group tersebut
4. Spam inbox pula..
dan sebagainya..

Anda sebenarnya tak lain daripada orang yang menghantar pamphlet ke peti surat rumah anda tu..

Mungkin apa yang anda buat di berkesan untuk mendapatkan 2-3 orang untuk short term, tetapi long term, tak efisen langsung apa yang anda buat sebab orang akan branding anda kaki spammer atau "orang salesman".. 

Bayangkan lah- anda kena spam hari hari- kalau tak spam, takde orang.. Silap haribulan, anda kena "block" oleh admin facebook- habis marketing anda !



JADI APA SEBENARNYA TEKNIK MARKETING FACEBOOK YANG BETUL? 

Teknik marketing facebook yang betul sebenarnya merupakan sesuatu yang anda buat untuk membina kredibiliti, authoriti dan juga network anda. Ia sebenarnya "medium", ataupun "extension" kepada marketing yang anda buat..

Dan disinilah lainnya "newbie facebook" dan juga "expert facebook" marketer..

Newbie facebook kerja dia tag tag gambar dan juga letak status update..

Manakala expert marketer pula membina kredibiliti, authoriti dan network mereka.. untuk menjadi "brand expert" disana..

Contoh:

Tengok Anthony Robbins, tengok Jack Canfield, Tony "Airasia" Fernendez, Tun Mahathir, malah IMer seperti saya sendiri, Gero Azrul (dia hebat nii) Ammar Zahar, Jamal, Rahman Basri dan lihat apa yang mereka buat.. Pasti anda tak akan tengok mereka "tag tag gambar" kan..


Apa samanya "expert facebook marketer ni"

1. Mereka ada Facebook page mereka
2. Mereka memberikan info info hebat berkaitan dengan sesuatu topik dan share di facebook page mereka
3. Mereka menjemput orang ramai untuk "LIKE" page mereka disana
4. Mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan target market mereka setiap hari dan "be on the field" dengan mereka


Jadi apa yang berlaku?

Expert facebook marketer membina loyal following, fans atau peminat mereka lah katakan, dan dari sana, mereka menggunakan jenama, ataupun branding mereka untuk endorse program, minat ataupun kepercayaan mereka (Tun Mahathir dengan politik beliau, dan Tony Fernendes Airasia dengan polisi "everyone can fly")

Kesimpulannya :

Anda harus mula membina TRIBE anda sendiri.. Anda harus mendapatkan "orang orang" yang bersefahaman dengan anda dan bina komuniti anda sendiri. 

Dan ini boleh dimulakan dengan satu langkah mudah:

1. Hari ini, mulakan Facebook Fanpage anda sendiri.

Dari sana, mulakan interaksi dengan dunia luar, share idea idea bernas anda, jemput orang orang yang sefahaman dengan anda untuk LIKE page anda, dan dari sana, bina komuniti anda sendiri.


Remember: 
Facebook ini macam kampung global haha.. Anda kena jadi ketua kampung anda sendiri, bukan jadi mamat yang syok buang pamphlet dan lepas tu kena belasah sebab buang sampah merata rata..

Harap harap anda faham dengan apa yang saya share disini :-)


Suthan M


p/s: Ramai yang tanya saya samada mereka boleh share artikel artikel tips dan video saya.. Silakan, tapi pastikan anda "kreditkan" saya dengan info ini yek :-)

Itu sahaja.. 
This article was originally published in forum thread: Pembongkaran Teknik Marketing Facebook Sebenar !! (Mesti Baca!!) started by Suthan M View original post